Ahad, 1 Februari 2015

SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH SEKOLAH

Nama Pagar Museh dipilih berdasarkan kepada sebuah nama kampung iaitu Kampung Pagar Museh di mana sekolah ini didirikan.


Terdapat dua versi tentang asal usul nama Kampung Pagar Museh. Versi yang pertama kawasan kampung ini telah dipagar menyebabkan tentera Jepun dan juga Komunis tidak dapat masuk ke kampung ini.


Versi yang kedua ialah kawasan kebun Pak Museh telah dipagar dengan rotan besar menyebabkan Juru Ukur daripada Jabatan Ukur tidak dapat masuk ke kampung ini. Begitulah asal usul nama Kampung Pagar Museh di mana sekolah ini mendapat namanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan